Saturday 30 November 2013

Tiada 星星



Malam ni, boring gak sebenarnya. Walhal kerja sekolah berlambak menunggu, tapi apakan daya, semalam baru habis Exam Mid Sem, nak rileks lah sikit, en.

Sementara menunggu dobi baju, lepak kat tingkap dapur menikmati pemandangan luar asrama dan ia memang best dan menenangkan sebenarnya, sambil-sambil tu masak megi kaw kaw, fuh. *wap megi*
 
Langit malam sini kalau nak tahu, tak segelap langit di Malaysia.
langit sini warna kemerahan jingga,
memang cantik ah
kadang-kadang bintang banyak
kadang-kadang bintang takde pun,
tapi tetap enjoy melihat ciptaan Allah.
 
Anyway sekarang dah mula winter, so sejuk sangat sangat.
Dan semakin hari semakin busy
Banyak kerja nak diselesaikan lagi
Insya Allah ada rezeki nanti, nak sharing banyak benda dekat sini.
 
Insya Allah, moga Allah beri kekuatan untuk aku berkongsi
cerita seposen dua tak seberapa pada masa mendatang nanti.
 
 
......Insya Allah.

Friday 13 September 2013

Zhiwuyuan



Beijing Botanical Garden atau lebih dikenali Beijing Zhiwuyuan (北京植物园)yang terletak tidak jauh kira-kira 30-35 minit dengan menaiki bas sekolah dari universiti merupakan salah satu destinasi school trips dalam jadual semester yang kitorang wajar join oleh kerana bayaran bagi setiap lawatan dalam Beijing atau ke luar Beijing telah didahulukan oleh pihak penaja masing-masing. Jadi, sangatlah rugi jika tak ikut serta.
Tsk.


Murid tadika yang baru keluar dari Taman Bunga ketika kami baru sampai. Alahai semua sangat comel. ^^







Ok. Sebenarnya motif pihak sekolah bawa berjalan ke sini adalah untuk mendedahkan kecantikan bunga-bunga di Beijing sempena Musim Bunga. Dalam Zhiwuyuan yang tersangat besar sehingga menyebabkan aku boleh tersesat jauh dari kawan-kawan, di dalam sini terdapat pelbagai jenis pokok-pokok yang subur berdaun lantaran menghasilkan bunga-bunga yang sangat cantik. Subhanallah. Baru terpana dengan bunga-bunga dunia pun aku boleh sesat. Huhuk





Bunga tulip cuma ada yang ini je. Itupun tak sampai luas sekangkang kera. 
Mungkin yang lain belum cukup zat lagi untuk tumbuh. D:


Perkenalkan, ini bunga sakura di China. Tetapi lebih selesa dipanggil Ying Hua.

Bunga yang dimadukan. -_-





No comment. -_-'


Err. Sebenarnya waktu ini ketika awal Musim Bunga. Jadi masih tak banyak bunga lagi, beberapa kerat sahaja yang ada. Insya Allah lain tahun nanti boleh datang lagi. Tapi kalau nak tengok bunga-bunga memekar ni, di sekitar hostel dan universiti atau di mana-mana pun, ada sahaja. Pun tetap lawa dengan aneka bunga seperti mawar merah jingga kuning merah jambu dan pelbagai lagi. ^^ Boleh menikmati keindahan ciptaan Allah swt ini sambil menaiki basikal dan memakan ais krim. 






Ada banyak kedai di dalam Zhiwuyuan ni yang rata-ratanya menjual cenderahati seperti crown yang ada bunga-bunga macam Hellen, benih-benih bunga dan pelbagai lagi termasuk permainan, belon dan lain-lain sambil menjual air minuman, ais krim dan gula-gula kapas. 

Rilek rilek di tepi tasik sambil minum air kelapa fresh. Memang best.




Insya Allah, setakat inilah sedikit cuma cerita yang mampu saya kongsikan bersama. Maaflah jika foto tidak clear dan memberansangkan dari segi angle dan lain-lain kerana saya buka photographer handal bak kakak abang seniors yang sangat hebat belaka. Tapi kalau ada peluang, saya nak belajar juga insya Allah. Apa pun, motif penting saya adalah ingin berkongsi sahaja dengan sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai, muslimin muslimat dan keluarga tercintaa sambil merenung kembali dengan sebuah ayat best tentang bunga dan tumbuhan ni, yakni :
"Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?"
                                                                                                                            [Al-Waqi'ah 56: 63-64]

Allahu'alam.


Thursday 12 September 2013

Zero





Insya Allah aku akan selalu mempergunakan blog selepas ini 
untuk berkongsi sekerat dua cerita yang siapa tahu 
ia dapat menambahkan pengetahuan am
walaupun sedikit.

siapa tahu kan,
Insya Allah.